DALAM bulan puasa yang mulia ini, satu status yang dimuatnaik oleh penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin isteri kepada Datuk Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K yang viral di media sosial mengundang kemarahan rakyat Malaysia.
Berikutan dengan status itu, ramai netizen mempersoalkan integriti penyanyi tersebut. Beliau sepatutnya “memperbetulkan” keluarga beliau terlebih dahulu. Isu video hampir separuh bogel bakal menantu Siti Nurhaliza masih lagi panas di media sosial. Namun beliau langsung tidak memberi sebarang kenyataan berkenaan video hampir separuh bogel itu.
Mahathir Mudah Lupa : Mungkin Siti Ikut Jejak Langkah Idolanya
Pada zaman mudanya dulu. Yakni zaman pemerintahan sang idolanya Mahathir Mohamad. Setiap jam 4 pagi sudah bangun dari tidur untuk bantu ibunya buat kuih. Selepas itu dia terpaksa kayuh basikal keliling kampung, terpaksa naik turun tangga kuarters. Hanya untuk menjaja kuih muih. Sedangkan ketika itu bapanya adalah seorang anggota Polis berpangkat Koperal.
Barangkali, Siti terlupa untuk bertanya kepada arwah ayahnya tentang berapakah gaji seorang Koperal Polis ketika zaman pemerintahan Mahathir idolanya itu hingga memaksa beliau terpaksa membantu ibunya menjual kuih? Tapi masih belum terlambat untuk Siti bertanya kepada ibunya. Adakah ketika itu orang-orang miskin yang berpendapatan RM3000 ke bawah diberi bantuan wang tunai dari Pemerintah?
Mungkin Siti akan bagitau yang ketika zaman dia membantu ibunya menjual kuih. Waktu itu belum ada GST tetapi Siti mungkin tak tahu yang jika GST dilaksanakan di zaman mudanya dulu. Bahan-bahan untuk membuat kuih seperti tepung gandum, gula, garam, minyak masak, telur dan gas memasak dikecualikan dari GST. Jadi ibunya tidak akan menanggung sebarang kenaikan kos kerana GST.
Ketika Siti menang pertandingan Bintang HMI di TV1. Ketika itu, Siti terpaksa berulang alik dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur hanya dengan menaiki bas. Kenapa naik bas? Kenapa tak naik kereta? Jawapannya. Walaupun zaman idolanya Mahathir memerintah harga barangan masih murah tapi rakyat tak mampu untuk membeli kereta gaji mereka bukannya tinggi seperti gaji di zaman DS Najib memerintah.
Kini, Siti sudah kaya. Bukan sekadar kaya tapi sudah jadi jutawan. Ditambah pula, dapat suami yang juga jutawan. Hidup mewah melimpah ruah. Nampaknya kehidupan Siti daripada terpaksa bangun jam 4 pagi untuk buat kuih lepas itu makin lama semakin senang dan semakin kaya. Bukannya semakin susah atau miskin. Jadi di manakah salah DS Najib sebagai pemerintah hingga sanggup Siti gelar sebagai pemerintah yang zalim yang mesti didoakan agar tumbang?
Oleh itu, persoalanya adalah adakah DS Najib menzalimi anggota Polis apabila gaji mereka hari ini lebih tinggi berkali ganda dari zaman Mahathir ketika arwah ayah Siti berkhidmat dulu? Adakah kekayaan dan kemewahan Siti pada hari ini berkat dari pemerintahan Mahathir saja? Adakah PM – PM selepas Mahathir telah mengakibatkan Siti jadi muflis hingga Siti benci dan gelar sebagai pemerintah yg zalim? Tepuk dada dan muhasabah diri. Jangan sesuka hati menunding jari dekat orang lain kalau diri sendiri pun belum tentu sempurna.
kita rakyat kena bersatu tolak najib yg kaki songlap rm2.6bil tu sama2
ReplyDelete