>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>
loading...

Siti Hasmah Kena Tegur Mahathir, Kembalilah Ke Tikar Sejadah

SEJAK kebelakangan ini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat semakin melampau apabila menjadikan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sebagai bahan sindiran dan lawak jenaka beliau dalam siri jelajah parti tersebut di Jitra.


Mahathir dilihat terikut-ikut dan terpengaruh dengan rentak ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang sering menghentam Datin Seri Rosmah setiap kali beliau gagal menyerang Perdana Menteri.

Tindakan Mahathir tersebut dilihat amat tidak sesuai dengan usia dan status beliau. Oleh itu, Tun Siti Hasmah Mohd Ali sebagai isteri Mahathir disarankan agar menegur tindakan Mahathir tersebut. Hasmah perlu menasihatkan Mahathir agar kembali ke tikar sejadah.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pernah menasihati Mahathir berkenaan perkara ini. Perlukah Nik Abduh melakukannya sekali lagi? Sebelum Nik Abduh mengambil tindakan sekali lagi, rakyat Malaysia benar-benar berharap agar Hasmah dapat melakukannya.

Kita benar-benar terkilan apabila Mahathir tidak merasakan dirinya sebagai bersalah kerana menyebut beliau “tidak mahu gemuk gedempol macam isteri satu orang (itu)”.


“Kalau dia gemuk, dia la terasa. Bukan masalah saya,” kata Mahathir dengan selamba.

Bagaimanapun, Mahathir berkata, beliau hanya menjawab kepada soalan tentang caranya menjaga kesihatan.

“Saya ditanya mengenai bagaimana saya menjaga kesihatan saya. Saya kata jika anda ‘gemuk’, anda akan mendapat masalah. Adakah itu salah?”

Adakah Mahathir tidak sedar bahawa isteri beliau sendiri mempunyai banyak kekurangan yang amat terdedah kepada serangan peribadi. Malahan keluarga beliau juga termasuk anak cucu bukan kalis serangan memandangkan mereka mempunyai sisi hitam masing-masing.

0 Response to "Siti Hasmah Kena Tegur Mahathir, Kembalilah Ke Tikar Sejadah"

Post a Comment